PEMBERITAHUAN : Kami dalam proses penubuhan YAYASAN LUTH

Website ini ditubuhkan sebagai satu platform bagi membantu kanak-kanak untuk mengumpul dana perubatan dan rawatan mereka dengan segera. Dana sumbangan ini akan dimasukkan terus ke akaun ibubapa kanak kanak ini. 

Website ini juga ditubuhkan atas dasar saya memahami perasaan seorang ibu bapa yang terdesak memerlukan dana bantuan kewangan dalam masa yang singkat bagi membiayai kos perubatan anak  dan menyelamatkan nyawa anak tersayang.

Saya ibu kepada anak syurga, Mas Muhammad Luth, dengan seikhlas hati sebening jiwa ingin membantu anda dengan menyediakan platform untuk sama sama membantu anda mengumpul dana  kewangan bagi membiayai kos perubatan dan rawatan anak anda dengan segera.

Saya pernah dalam keadaan yang terdesak memerlukan bantuan kewangan dalam masa yang singkat untuk menyelamatkan nyawa anak saya. Saya sangat faham situasi yang dilalui ibu bapa kanak kanak ini yang ingin cuba ikhtiar untuk melihat anak2 mereka kembali sihat. Kami sebagai ibubapa akan sehabis ikhtiar dan selebihnya kami serahkan kepada Allah yang lebih mengetahui.Saya berharap usaha yang saya ingin curahkan ini dapat disambut

oleh anda dengan sebaiknya, bagi bersama-sama memastikan kanak-kanak di Malaysia ini mampu terus mengukir senyuman. Saya mengharapkan jasa baik anda semua sama-sama dengan saya membantu kanak-kanak ini.

Kempen Aktif Kami

Jom bantu kawan-kawan Luth

Jangka hayat kanak-kanak ini semakin singkat, mereka memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
setiap sumbangan anda amatlah kami hargai.

Dana perubatan adik Sufi Syafrina yang menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 diperlukan segera

Baby Aleena memerlukan dana yang sangat tinggi untuk membeli ubat dan meneruskan rawatannya.

Adik Qaisar kini berusia 8 bulan disahkan menghidap penyakit (rare disease) iaitu (SMA) Spinal Muscular Athrophy type 1

Usha memerlukan bantuan untuk dapatkan rawatan segera kerana ototnya semakin merosot.

Baby Airaa memerlukan rawatan secepat yang mungkin bagi mengelak kemerosotan tahap kesihatannya.

Artikel Perkongsian

Kisah Perjuangan Anak Syurga Luth

Artikel perkongsian kisah perjuangan Luth

'Luth kini sudah berada di tempat terbaik' - Ibu

'Luth kini sudah berada di tempat terbaik' - Ibu

 

 

Ketumbuhan otak agresif: Kanak-kanak 4 tahun perlu bantuan RM6 juta<br><br>

Ketumbuhan otak agresif: Kanak-kanak 4 tahun perlu bantuan RM6 juta

Hayat Luth dijangka kurang setahun, perlukan RM6 juta untuk sembuh<br><br>

Hayat Luth dijangka kurang setahun, perlukan RM6 juta untuk sembuh